Ahad, 8 Januari 2012

Selamat Menjalankan Tugas

Salam Mahabbah buat semua warga pendidikan khususnya Guru Pendidikan Islam yang berada di sekolah rendah maupun menengah.

Semoga kehadiran sesi persekolahan 2012 membuatkan kita lebih bersemangat untuk berbakti dan menggalas amanah serta tanggungjawab dalam melahirkan generasi unggul pewaris bangsa,agama dan negara.

Semoga amal bakti dan kejayaan yang diraih di peringkat sekolah, zon, daerah serta negeri pada tahun 2011 menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar lebih banyak lagi kejayaan yang mampu diperolehi dengan niat yang tulus ikhlas beribadah kerana Allah Taala.
Percaya dan yakinlah bahawa kejayaan akan diperolehi oleh mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Bersama kita menggandakan usaha agar slogan Mersing Hebat dapat direalisasikan dan martabat serta maruah Islam dapat ditinggikan hasil usaha rakan-rakan guru dalam mencipta kecemerlangan akademik dan sahsiah warga sekolah. Aminn...