Ahad, 8 Januari 2012

Selamat Menjalankan Tugas

Salam Mahabbah buat semua warga pendidikan khususnya Guru Pendidikan Islam yang berada di sekolah rendah maupun menengah.

Semoga kehadiran sesi persekolahan 2012 membuatkan kita lebih bersemangat untuk berbakti dan menggalas amanah serta tanggungjawab dalam melahirkan generasi unggul pewaris bangsa,agama dan negara.

Semoga amal bakti dan kejayaan yang diraih di peringkat sekolah, zon, daerah serta negeri pada tahun 2011 menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar lebih banyak lagi kejayaan yang mampu diperolehi dengan niat yang tulus ikhlas beribadah kerana Allah Taala.
Percaya dan yakinlah bahawa kejayaan akan diperolehi oleh mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Bersama kita menggandakan usaha agar slogan Mersing Hebat dapat direalisasikan dan martabat serta maruah Islam dapat ditinggikan hasil usaha rakan-rakan guru dalam mencipta kecemerlangan akademik dan sahsiah warga sekolah. Aminn...

Selasa, 4 Oktober 2011

Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Tahun 2011

Salam Mahabbah...

Alhamdulillah Program Mahrajan j-QAF pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan pada 29 hb September yang lalu di SK Mersing Kanan. Pihak UPI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program tersebut terutama urusetia yang telah bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas program tersebut.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada warga SK Mersing Kanan diatas kesudian mereka menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Penyertaan sekolah terhadap pertandingan yang membabitkan 3 acara iaitu Tilawah al-Qur'an Lelaki dan Perempuan, Dikir Barat dan Kalam Jamaei telah menyaksikan penambahan yang menggalakka berbanding tahun sebelumnya. Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat.

Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah berjaya meraih tempat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

Tilawah al-Quran Lelaki : 1. SK Tenggaroh 1
2. SK Tenggaroh 2
3. SK Telok Lipat

Tilawah al-QuranPerempuan : 1. SK Seri Pantai
2. SK Telok Lipat
3. SK Sawah Dato'

Kalam Jamaei : 1. SK Pusat Air Tawar
2. SK Mersing Kanan
3. SK Tenggaroh 5


Dikir Barat : 1. SK Teriang
2. SK Bandar Endau
3. SK Mersing Kanan

Kepada sekolah-sekolah yang akan mewakili daerah Mersing ke Mahrajan peringkat Negeri, diharap dapat bersiap siaga dan membuat persiapan yang mantap. Semoga pada 22 Oktober nanti ada kejayaan yang menanti kita untuk merealisasikan slogan "Mersing Hebat".









Khamis, 8 September 2011

Peringatan : Penghantaran Borang Penyertaan acara dan peserta Mahrajan j-QAF 2011

Salam Mahabbah....Salam Aidilfitri kepada semua...

Berhubung perkara di atas, pihak UPI telahpun mengedarkan borang penyertaan Mahrajan j-QAF ke sekolah program j-QAF kohort 2005-2009 melalui surat yang bertarikh 25 Ogos 2011 yang lalu.

Justeru, ingin dimaklumkan sekali lagi bahawa penghantaran borang tersebut hendaklah sampai ke UPI pada atau sebelum 9 September 2011. Borang penyertaan boleh didapati di http://www.moe.gov.my/ppdmersing/ 

Sekian, harap maklum dan tahniah serta terima kasih diucapkan kepada sekolah yang telah menghantar borang tersebut.

Majlis Tadarus, Khatam al-Quran & Berbuka Puasa PPIM Perhubungan Daerah Mersing 2011

Alhamdulillah dan sekalung ucapan TAHNIAH kepada PPIM Perhubungan  Daerah Mersing kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut dalam suasana yang cukup meriah pada 24 Ogos 2011 bertempat di SMA al-Khairiah al-Islamiah, Mersing.
Program yang melibatkan 150 orang ahli Puteri Islam sekolah rendah dan menengah ini,  turut dihadiri oleh Pemimpin PPIM peringkat Daerah yang terdiri daripada guru.  Program yang bermula dari jam 3.00 petang ini telah diisi dengan beberapa acara antaranya tadarus, khatam al-Quran, qasidah dan tazkirah dilihat sangat relevan untuk memupuk nilai membudayakan al-Quran dalam kehidupan bukan saja di bulan Ramadhan tetapi juga di sepanjang kehidupan.
Tahniah sekali lagi...






Khamis, 18 Ogos 2011

Sekitar Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 Bahasa Arab dan Pendidikan Islam JLU dan JU Daerah Negeri Johor

Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 Bahasa Arab dan Pendidikan Islam bagi JLU dan JU Daerah Negeri Johor

Tarikh    : 17-18 Ogos 2011
Tempat  : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Skudai.




BERIKUT ADALAH BAHAN YANG BOLEH DIMUAT TURUN BERKAITAN KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 DAN KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2

PARA PENGGUNA BOLEH MEMUAT TURUN SOFTWARE WINRAR DI SINI DAN "MENGINSTALLISASINYA" UNTUK "UNZIP"  DAN SETERUSNYA BAGI MEMBUKA FAIL-FAIL DI BAWAH INI.

Ahad, 14 Ogos 2011

KURSUS PENYEBARAN KSSR BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 UNTUK JURULATIH UTAMA DAERAH NEGERI JOHOR

Guru Besar
Sekolah-sekolah Berkenaan
Sehubungan dengan itu, guru seperti nama yang dilampirkan diminta hadir dalam kursus tersebut yang akan diadakan seperti maklumat berikut :
Tarikh : 17-18 Ogos 2011
Pendaftaran : 17 Ogos 2011 ( 9.00 pagi )
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Johor ( BTPNJ ), Skudai
Sila bawa bersama dokumen/bahan yang telah diedarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK, KPM. Surat telahpun diedarkan ke sekolah yang berkenaan.
Lampiran sila dapatkan di pautan berikut Senarai nama JU Negeri dan JU Tambahan
Sekian, Terima kasih.


Jumaat, 12 Ogos 2011

Bengkel Pembinaan Teks Kalam Jamaie dan Dikir Barat Mahrajan j-QAF

Ramadhan Kareem….
Salam Bahagia…Salam Ceria…Salam 1 Malaysia…
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 12 ustaz/ustazah yang telah berkreativiti dalam Bengkel Pembinaan Teks Kalam Jamaie dan Dikir Barat Mahrajan j-QAF 2011 yang bertempat di PKG Mersing pada 10 Ogos 2011 yang lalu..
Semoga dengan teks yang dibina dapat meningkatkan jumlah penyertaan peserta dalam kategori terbabit pada Mahrajan j-QAF yang akan datang. Di harap semua sekolah program j-QAF dapat bersedia untuk Mahrajan j-QAF peringkat Daerah yang dijangka akan dilaksanakan pada penghujung September. Bahan boleh di muat turun seperti mana di bawah ini…